Assalammualaikum.Saya ingin berkongsi email yang saya dapat. Nice story.Harap kita mendapat pengajarannya.
One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live.
They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family.
On their return from their trip, the father asked his son, “How was the trip?”
“It was great, Dad.”
“Did you see how poor people live?” the father asked.
“Oh yeah,” said the son.
“So, tell me, what did you learn from the trip?” asked the father.
The son answered:
“I saw that we have one dog and they had four.
We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end.
We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.
Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.
We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.
We have servants who serve us, but they serve others.
We buy our food, but they grow theirs.
We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them.”
The boy’s father was speechless.
Then his son added, “Thanks Dad for showing me how poor we are.”
Isn’t perspective a wonderful thing?
Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don’t have.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan miliki, janganlah kita risaukan atau bersedih apa yang kita tiada.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim:7)
Allah memberikan kesempatan kepada saya sekali lagi untuk melalui bulan ramadhan ini bersama suami dan anak-anak. Syukur saya panjatkan kepada allah di atas nikmat kurniaaannya yang tidak terhingga kepada saya sekeluarga. Berbanding dengan saudara seislam kita di Gaza, kita menyambut bulan ini dengan limpahan rezeki dan nikmat ketenangan. Kita dapat menikmati pelbagai jenis hidangan, berbuka puasa dengan keluarga dan menunaikan solat terawih dengan aman. Bukankah ianya lebih mudah buat kita.Namun, bagaimanakah ibadah kita?
Bagi saya, sama ada kita berada dalam keadaan senang atau susah , kedua-duanya adalah ujian dari Allah. Terpulanglah kepada kita , sama ada berjaya menempuhi rintangan dan dugaan tersebut. Sama ada kita akan bersyukur atau kita akan kufur. Ramai yang menganggap jika senang itu nikmat, susah itu ujian. Namun, lihat saja Qarun, dikurniakan nikmat harta kekayaan, tetapi akhirnya tetap kufur dengan Allah. Tetapi cuba kita renung kembali sejarah dan kisah hidup para sahabat, ketika mula-mula islam disebarkan rasulallah s.a.w, orang islam ketika itu mendapat tentangan hebat dari orang musyrikin, hidup mereka susah dan penuh cabaran, namun lihat pulak ibadah dan akidah mereka yang tetap berpegang teguh kepada ajaran islam. Ternyata ramai yang kecundang bila dibuai dengan nikmat kesenangan.
Maka dalam hal ini, begitu banyak kenikmatan yang Allah berikan kepada saya, saya masih lagi alpa dan lalai dalam menunaikan suruhanNya. Begitu banyak yang Allah berikan, saya masih lagi gagal untuk menghargai dan berterima kasih sebagai seorang hambaNya. Jadi sempena bulan yang mulia ini, mari lah kita sama-sama menjadikan bulan ini sebagai medan latihan untuk melipatgandakan ibadah kita, dan juga sebagai titik tolak untuk kita melakukan perubahan yang positif dalam hidup kita. Biarpun sedikit demi sedikit, yang penting kita istiqomah melakukannya. Salam ramadhan dan selamat menunaikan ibadah..
Keje apa yer? tak keje lagi ker? Keje dah ker? begitu lah soalan cepu emas yang saya dapat taktala bertemu rakan atau keluarga terdekat. Hampir 2 tahun lebih tidak bekerja sepenuhnya, soalan tersebut masih lagi kedengaran. Bila saya bertanya rakan-rakan yang tidak bekerja, mereka biasa-biasa saja. Katanya, orang terdekat mereka paham. Untungnya mereka. Orang tedekat tahu batasan antara rumah tangga sendiri dan rumah tangga orang lain. Untungnya mereka kerana dikelilingi oleh orang yang memahami dan sentiasa menyokong mereka. Betapa bertuahnya mereka kerana diterima seadanya kerana diri mereka bukan kerana mereka orang yang berjawatan atau tidak.
Saya sering bertanya, kenapa keadaan saya tidak sama?. Saya tidak bertuahkah?? Ohh..tidak…saya amat bertuah kerana diterima seadanya oleh suami dan anak-anak. Mereka lah sumber kekuatan saya. Tanpa mereka pasti saya tidak sampai ke tahap ini. Tahap apa yer? duduk rumah jer jaga anak, masak makan basuh berak anak..rugi je belajar tinggi-tingi..penat je dihantar belajar hanya nak jadi suri rumah jer!!!. Jika tahu nak jadi suri rumah , takdernya nak suruh belajar tinggi..Ini lah kata-kata orang terdekat kepada saya dalam masa yang sama melabelkan tahap saya pada pandangan mereka. Jadi sampai kemana tahap saya sekarang??
Izwa, usah pedulikan pandangan orang padamu, begitulah mereka menilai dan meletakkan manusia lain. Hanya Allah yang berhak menilai kita.Teruskan langkahmu, perbetulkan jalanmu. Jika sepanjang langkah ini, kau hilang segalanya, redha lah ia. Kerana semuanya hanya pinjaman sementara , baik keluarga, harta benda, pangkat dan nama. Kau juga akan pulang kepada Nya,pulang sebagai Hamba Allah yang Esa..
Hari ini terasa ingin bercerita di dalam blog ini, memandangkan masih ada sedikit masa sebelum memulakan kerja. Susah betul untuk saya mengemaskinikan blog sendiri, kadang-kadang banyak yang ingin dikatakan tetapi baru mula hendak menulis teringat pulak kerja yang perlu disiapkan. Tetapi, sebenarnya menulis ini saya rasa salah satu terapi atau medium untuk saya mengurangkan tekanan. Saya hanya ingin bercerita kisah mulut.
Kerana mulut badan binasa. Saya lihat kala ini, bahana mulut sungguh merbahaya. Begitu mudah kita berkata-kata, tetapi lihat saja kesannya. Kerana mulut, ada yang bersengketa, kerana mulut ada yang terasa, kerana mulut ada yang mengalirkan air mata, kerana mulut ada yang sampai runtuh rumah tangga, kerana mulut….macam-macam bencana..
Bagi yang bercakap, mudah saja meluncurkan kata-kata,tetapi orang yang dikata memang terasa kesannya. Bahana mulut ini terjadi dalam kehidupan saya sendiri dan kesannya besar dalam kehidupan saya sekeluarga. Bagi yang bercakap melihatnya sebagai tiada apa-apa, tetapi saya merasa amat besar kesannya sehingga memutuskan ukhwah sesama saudara.
Apakan daya, saya hanyalah manusia biasa, punya hati dan perasaan, punya maruah dan harga diri. Saya hamba allah yang lemah, sesungguhnya jika difikirkan saya tidak mampu menghadapinya tetapi saya minta dari yang maha berkuasa, yang maha kuat, tuhan pencipta alam. Sesungguhnya, kekuatan itu datang dari Nya.
Benarlah, bahawa kadangkala , diam itu lebih baik dari berkata-kata. Memetik dari kata-kata Imam Syafie,Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah kamu tahu, harimau di hutan lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu di lempar dengan batu”
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
Maafkan saya jika ada yang terasa, hari ini saya hanya ingin berbicara..
Istanbul yang saya lawati pada tahun 2007. Dahulunya dikenali sebagai Kota Konstantinopel. Terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia dan dihubungkan dengan selat Bhosporus.
Assalammualaikum..
Buku Sultan Muhammad Al-Fateh – Penakluk Konstantinopel telah saya habiskan bacaan saya sejak berbulan-bulan lepas. Saya ingin berkongsi kisah hebat ini dengan anda semua.Mungkin mengambil masa untuk menghabiskan keseluruhan cerita tetapi saya akan cuba untuk menghabiskannya juga.Ternyata saya begitu seronok membaca catatan kisahnya dalam buku penulisan Abdul Latip Talib ini dan akan mengulangi pembacaan saya lagi. Sejak ke Istanbul Turki dan melihat sendiri kesan-kesan sejarah penaklukan Konstantinaple yang kemudiannya dikenali dengan nama Istanbul , telah menarik minat saya untuk mengetahui kisah Sultan Muhammad Al Fateh ini.
Kota Konstantinapel menjadi kebanggaan Rom kerana kedudukannya yang strategik iaitu antara benua Eropah dan Asia, Napoleon Bonaparte pernah berkata “Sekiranya aku menguasai Konstantinapel, maka mudahlah aku menguasai dunia. Maharaja Konstantine telah memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinapel pada tahun 330 Masihi hingga menyebabkan kerajaan Rom berpecah kepada dua , iaitu di Rom yang dikenali bermazhab Roman Katolik dan di Konstantinapel bermazhab Ortodoks.
Nabi Muhamad SAW Pernah bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335). Kerana itu usaha penaklukan kota Konstantinopel dimulakan oleh ramai pihak, antaranya Saidina Ali pada 34 Hijrah, Muawiyah bin Abu Sufian 84 Hijrah,Sultan Sulaiman tahun 91 Hijrah, Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397,1400 , Sultan Murad pada tahun ke 825 Hijrah dan akhirnya setelah 800 tahun hadis itu diucapkan oleh rasulallah SAW,pada tahun 857 Hijrah iaitu 29 Mei 1435 Masihi , Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhamad Al-Fateh.
Siapa Sultan Muhamad Al-Fateh ini ?. Sebelum dilahirkan, Syeikh Baryam seorang ulama memberitahu Sultan Murad firasatnya bahawa anakandanya yang akan menawan Kota Konstantinopel. Sultan Murad terkejut kerana beliau tidak mempunyai putera ketika itu, dan dengan kuasa allah lahirlah Sultan Muhamad Al-Fateh . Sultan Murad telah melantik Syeikh Baryam sebagai penasihatnya.
Kelahiran Sultan Muhamad Al-Fateh telah disambut gembira dan penuh harapan oleh ayahandanya Sultan Murad . Ketika Syeikh Baryam melawat Sultan Muhamad Al-Fateh setelah dilahirkan, anak muridnya Syeikh Syamsuddin al-Wali berkata “Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak di dalam buaian itu.”. Sultan Murad terharu mendengarnya dan telah melantik Syeikh Syamsuddin al-Wali untuk mengajar anaknya dengan ilmu agama dan displin tarekat serta Panglima Tharthan, adik Sultan Murad untuk mengajarnya ilmu kepahlawanan dan peperangan.
Bulan ini adalah bulan perjuangan bagi saya. Setelah saya menamatkan projek pertama saya, maka bermula la pencarian projek yang baru. Sebagai seorang freelancer, saya terpaksa mencari dan berusaha untuk mendapatkan projek. Salah satu usaha saya adalah membuat prototype sistem untuk di tunjukkan kepada bakal pelanggan saya. Ia bukanlah mudah, banyak masa dan tenaga yang saya curahkan agar prototype saya itu memenuhi kehendak pelanggan saya. Jika mereka rasakan ianya bersesuaian dengan budget mereka,mudah digunakan dan dapat meringankan kerja-kerja mereka, kebarangkalian untuk sistem saya dibeli amatlah tinggi.
Saya bekerja sepenuh tenaga untuk menyiapkan 2 prototype dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan kesibukan menguruskan rumahtangga,anak-anak dan amboishoppe, saya terpaksa mengaturkan masa saya dengan bijak. Inilah risiko yang harus saya tanggung, jika saya tidak mendapat projek , maka saya tidak memperolehi pendapatan dan segala penat lelah saya menyiapkan prototype tersebut hanyalah sia-sia sahaja.
Dahulu, saya sering memikirkan benda yang negatif dan akhirnya saya bersusah hati dan berkeluh kesah sepanjang masa. Memikirkan perbelanjaan dan beban kewangan yang bakal ditempuhi saban hari. Akhirnya saya menemui jawapan terhadap persoalan saya setelah menempuhi beberapa fasa getir dalam kehidupan. Saya sedar sebagai hamba Allah, saya patut meminta dariNya. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Berkuasa.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” (Surah Thahaa, ayat 132)
Saya telah berusaha, berusaha sehabis baik, maka setelah itu berdoa dan bertawakkal lah. Berserahlah segalanya pada Allah.
Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( Surah At-Talaq : 2-3)
Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.
Jadi, mengapa saya harus berduka dan bersedih. Sesungguhnya janji Allah itu benar.!!!
“Web amboishoppe tu bukannnya laku pun”.Begitulah kata-kata yang sampai di telinga saya. Malah terbayang di kepala saya mereka sedang mentertawakan saya sambil berborak berkenaan web saya ini. Tetapi saya cuba untuk tidak membayangkan situasi ketika itu.
Tetapi , saya hanyalah manusia biasa, bila perkara ini sampai di telinga saya semestinya saya amat terluka. Jika datang dari orang yang tidak saya kenali , saya mungkin mengabaikannya saja. Tetapi ianya dari orang yang dekat di hati saya, yang makan minum bersama saya, tidur sebantal dan pernah serumah dengan saya , pernah berkongsi masalah dengan saya, ketawa dan gembira bersama tetapi akhirnya mereka menjadi orang asing dengan saya, semuanya kerana pilihan yang telah saya buat dalam hidup saya.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya, orang yang beriman itu bersaudara” Surah Al-Hujurat ayat 10
Jika kalian gembira dengan saat susah saya, kalian gembira jika web saya dikatakan tidak laku, saya selalu berpikir bagaimanakah hati kalian. Bagaimana kalian gembira dengan kesusahan orang lain. Jika kalian hanya inginkan kemenangan bahawa pendapat kalian betul dan cara saya salah, maka gembira la kalian sepuas-puasnya jika itu yang menyenangkan hati kalian.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri…..
Sebagai seorang freelancer yang bekerja secara bebas dan juga megendalikan amboishoppe.com dalam masa yang sama , banyak usaha yang diperlukan untuk memastikan ianya berhasil. Untuk bekerja dari rumah bukan sekadar satu idea atau angan-angan sahaja, realitinya juga tak semudah yang disangkakan.
Sepanjang mengejar impian ini, seringkali saya di sapa dengan kata-kata , “Buktikan kepada kami , anda boleh berjaya”. Bukan saja cabaran yang saya dapat, tetapi juga kata-kata pedih yang tidak berlapik diajukan pada saya. Jadi, adakah saya harus berkorbar-kobar untuk membuktikan bahawa saya bersungguh-sungguh dengan impian saya ini atau saya mengambil kata-kata mereka sebagai satu cabaran kepada saya.
Setelah bertahun-tahun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran , matlamat hidup saya semakin berubah. Saya tidak mengambil kata-kata tersebut sebagai cabaran atau satu ingatan untuk menunjukkan kepada mereka saya boleh berjaya. Kerana saya menyedari kayu ukur kejayaan bagi mereka hanyalah dari sudut material semata-mata. Saya dilihat sebagai berjaya jika dengan pendapatan saya bekerja dari rumah mampu menukarkan kereta kecil ke kereta besar, rumah kecil ke rumah banglo, perabot rumah yang memukau mata, pakaian berjenama yang kelihatan elegant dan gaya hidup yang senang dan lenang. Begitulah ukuran kejayaan bagi mereka. Sesungguhnya, wang dan harta bukan kayu ukur kejayaan.
Buatlah sehabis baik dalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan. Ikhlas dan sabar dalam mengerjakannya, selebihnya tawakal dan redha dengan apa yang kita dapat. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan hargailah, bukan menangisi apa yang kita tiada. Sesungguhnya saya sudah berasa kaya dan bahagia dengan apa yang saya miliki sekarang . Tinggal saja persoalannya, mampukah saya pada hari ini adalah seorang yang lebih baik dari semalam?. Kayu ukur diri ini masih sukar untuk saya capai..
On-board video of Gaza Freedom Flotilla storm, aid workers & Israeli troops clash
Sumber Berita: HarakahDaily
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan kejam Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Perdana Menteri Palestin daripada Hamas, Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok beramai-ramai sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan.
Di antaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Palestin, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal Freedom Flotilla.
Ismail Haniyah juga berkata dalam kenyataannya kepada media bahawa mereka yang bersama konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestin, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan Gaza.
“Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza,” kata Ismail lagi.
“Kami menganggap semua yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestin, syahid atas usaha mereka merobohkan pengepungan terhadap Gaza,” tambahnya.
(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.
Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.
Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/
11 rakyat Malaysia iaitu 9 dari Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan 2 krew Astro Awani terlibat dalam misi ini.
Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.
Sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki kapal Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.
Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.
Sejak 3 minggu lepas , kami sekeluarga tidak sihat bermula dengan anak sulung saya Irdani , kemudian adiknya Sorfina dan akhirnya saya sendiri. Silih berganti sekejap demam sekejap baik kemudian demam balik. Sungguh letih dan memenatkan untuk bergilir-gilir menjaga mereka dan akhirnya saya sendiri tidak sihat. Tiada istilah berehat bagi saya yang bekerja sendiri ini. Peluang yang datang amat saya hargai. Pening dan susah hati memikirkan kerja-kerja yang terpaksa ditangguh atau dibatalkan dikala peluang datang bergolek. Sehingga hari ini , saya masih tidak sihat tetapi saya kuatkan semangat juga demi perniagaan dan projek-projek saya. Sesungguhnya, betapa manusia seringkali alpa , kesihatan adalah anugerah allah yang tidak ternilai.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam : Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara,iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,masa sihat engkau sebelum dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,dan masa hidup engkau sebelum datang saat mati.”